Selasa, Julai 28, 2009

SERONOKNYA KE KELANTAN

Pada 24 hingga 25 Julai yang lalu, seramai 9 orang Penolong Pegawai Tanah (PPT) dan keluarga dari Pejabat Tanah Kerian telah berangkat ke Negeri Cik Siti Wan Kembang bagi menghadiri Mesyuarat Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia kali ke-38. Mesyuarat ini diadakan di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu.

PPT tersebut ialah Encik Murad (Ketua), Amirul (keluarga), Haniff (keluarga), Hamizan, Juhari (keluarga), Fadhil Azhar, Fadil Aris, Tajuddin, Amin dan Suhaili (pemandu).

Perjalanan pergi bermula dari Pejabat Tanah Kerian pada jam 10.30 pagi (hari Jumaat 24 Julai 2009) dan tiba di hotel penginapan kira-kira 5 petang. Perjalanan mengambil masa yang agak lama kerana masing-masing mengambil langkah berhati-hati dan memandu dalam keadaan sederhana bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini dari berlaku. Alhamdulilah semuanya selamat.

Mesyuarat Agung telah berlangsung pada hari Sabtu 25 Julai 2009 dan upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kelantan. Pada sebelah malamnya pula diadakan Majlis Makan Malam yang turut dihadiri oleh Exco Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan.

Acara paling menarik dalam rombongan ke Kelantan ini sudah tentulah lawatan ke tempat membeli-belah terkenal. Antaranya ialah Pasar Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang, Pasar Siti Khadijah dan Bukit Bunga. Antara SO yang paling teruja nak mambeli-belah ialah Amin. Asal jumpa aje tempat shopping mesti dia nak beli tudung bawal. Rasanya ada satu kodi kain dibelinya.. Nak bagi kat sapa pun kami tak tahu.

Keramahan rakyat Kelantan amat terserlah membuatkan ada di antara so ini yang nak terus tinggal di sana. Apatah lagi bila dipanggil dengan panggilan ‘ABE’, cair hati dibuatnya. Namun apakan daya, tuntutan tugas di Kerian juga perlu dipenuhi.

InsyaAllah kalau ada rezeki kita jumpa lagi...

Tiada ulasan: