Rabu, November 19, 2008

Terima Kasih YAB MB

Warga SO Kerian mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan kerajaan negeri kerana telah meluluskan Elaun Khas kepada semua Penolong Pegawai Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Semoga dengan Elaun Khas ini akan membantu mengurangkan sedikit-sebanyak bebanan yang ditanggung oleh kami kesan daripada keadaan ekonomi yang suram ketika ini.

Adalah diharapkan semua SO dapat memberikan perkhidmatan sebaik mungkin selaras dengan kehendak agama dan pentadbiran negeri di samping memenuhi harapan masyarakat umum.

Selasa, November 11, 2008

Bajet Negeri Perak

IPOH, 10 Nov :-Sidang Dewan Undangan Negeri yang berlasung bermula pada pagi tadi telah mengotai segala janji-janji manifesto pilihanraya. Bajet yang dibentang dengan tema "Bajet Kebajikan Untuk Rakyat" telah membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang mementingkan hal ehwal kebajikan rakyat. Ia memaparkan kesungguhan dan komitmen kerajaan Negeri dalam hasrat membawa negeri Perak dan rakyatnya ke satu tahap pembangunan sosio ekonomi dan pembangunan insan yang seimbang. Dalam merangka dan melaksanakan Bajet 2009, Kerajaan Pakatan Rakyat menjadikan adil, amanah, telus, wibawa dan berkebajikan sebagai asas dan prinsip utamanya.

YAB MB Perak telah menggariskan empat strategi utama iaitu menjadi sebuah negeri berkebajikan, meneruskan dasar perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negeri, memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan kualiti kehidupan di luar Bandar dan Bandar, dan menyediakan system penyampaian sektor awam yang efisen.

Negeri Berkebajikan menjadi strategi utama Bajet 2009Apa yang rakyat Perak dapat dari Bajet 2009 ini ?
1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM 10.00 sebulan.
2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit.
3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.
5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM 1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.
6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan.
7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.
8. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.
9. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.
10. Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.
11. Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.
12. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.
13. RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan.
banjir.http://misabah.blogspot.com

Jumaat, November 07, 2008

SERLAHKAN PERKHIDMATAN AWAM UNTUK MEMBELA RAKYAT-MB PERAK


IPOH, 3 NOVEMBER – Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menyeru 7500 warga perkhidmatan awam negeri ini untuk melaksanakan tugas dengan penuh rasa amanah dan bertanggungjawab bagi membela nasib rakyat.
Sektor awam hendaklah sentiasa bersedia serta cekap melaksanakan tugas kerana prestasi mereka dinilai oleh rakyat.
“Serlahkan perkhidmatan kerajaan untuk membela rakyat dan ingatlah bahawa segala tugas yang dikerjakan itu adalah merupakan amanah dari mereka,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Warga Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Kira-kira seribu warga perkhidmatan awam menghadiri majlis itu dari seluruh daerah di Negeri Perak. Tetamu kehormat YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh dijemput khas bagi menyampaikan ceramah motivasi di majlis tersebut.
YAB Menteri Besar Perak menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis tersebut. Penjawat awam memberi perhatian penuh terhadap ucapan YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Warga Perkhidmatan Awam Negeri Perak melafazkan ikrar penjawat awam di Majlis Executive Talk.

Isnin, November 03, 2008

SEMINAR PEMBANGUNAN TANAH

TARIKH : 24 DISEMBER 2008
HARI : RABU
TEMPAT : GRAND BALLROOM, HOTEL LEGEND, KL.
YURAN : RM 400.00 (SEORANG)
ANJURAN : KESATUAN PENOLONG PEGAWAI TANAH SEMENANJUNG MALAYSIA.
HUBUNGI : 03-26932050 / 03-26932046 (PUAN ROSE'AYU MOHD TAIB)