Rabu, Disember 03, 2008

HAKMILIK SELAMA-LAMANYA UNTUK RPT DAN KG. BARU

IPOH, 2 Disember :- Kerajaan Negeri Perak Pakatan rakyat hari ini mengumumkan mulai hari ini penghuni-penghuni Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Kampung-kampung Baru di seluruh Negeri Perak boleh memohon untuk hakmilik selama-lamanya (In Perpetuity), demikian pengumuman dari Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak ,YB Dato' Ngeh Koo Ham dalam Sidang media di Bilik Media Bangunan Perak Darul Ridzuan pagi ini.


Turut hadir dalam sidang media itu ialah Exco Kerajaan Perak, Yb. Mohd Zainuddin Yusuf, YB. Thomas Su dan YB. Tai Sing Ng. Sementara ADUN yang hadir ialah YB. Drs. Khalil Idham Lim( Titi Serong), YB. Ong Boon Piao (Tebing Tinggi) dan YB. Leong Mee Meng(Jalong). Hadir sama ialah Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Perak, Ust. Zulkifli Ibrahim.


Permohonan hanya dapat dibuat sekarang kerana Kerajaan Negeri Perak telah mengambil masa beberapa Bulan yang lepas untuk menilai hartanah diseluruh 349 RPT dan 134 Kampung baru di seluruh Negeri Perak.


Dato Ngeh bersama Exco dan ADUN lain dalam sidang media tersebut. Beliau juga mengumumkan proses permohonan hak milik selama-lamanya ini telah dipersingkatkan kepada 4 proses sahaja dan dapat dikeluarkan dalam masa sehari sahaja jika perlu. Jumlah Premium yang perlu dibayar adalah 20 % daripada perbezaan nilai tanah hakmilik selama-lamanya dan nilai tanah baki tempoh pajakan. Nilai tanah hendaklah menggunapakai Jadual Penilalain Tanah RPT dan Kg baru yang disediakan oleh jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Perak.


Dato' Ngeh juga menjelaskan pemberiaan hak milik ini adalah memenuhi janji parti-parti Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lepas. Dasar ini juga merupakan polisi Kerajaan pakatan Rakyat untuk memperkayakan dan memperkasakan rakyat. Jelasnya dasar ini dapat meningkatkan nilai tanah dan rumah sehingga melebihi RM 1.5 billion.


Beliau menafikan tohmahan yang sengaja diputar belit oleh sesetengah parti politik bahawa ia memihak kepada sesuatu kaum sahaja. RPT mempunyai 102,00 hakmilik dan 134 Kg Baru mempunyai lebih kurang 47,000 hakmilik. Kebanyakan RPT adalah orang Melayu dan Kg baru didiami orang-orang Cina. Orang India juga menghuni dikedua-dua pertempatan itu.
Dengan pemberian hakmilik itu meleyakkan penghuni-penghuni boleh mendapat pinjaman daripada institusi kewangan untuk membina semula kediaman atau kedai perniagaan yang usang. Kerajaan menjangkakan lebih kurang 20,000 rumah dan kedai perniagaan di RPT dan kg Baru dalam masa 5 tahun akan datang.


Kerajaan juga menggalakkan penghuni di RPT dan kg Baru untuk memohon untuk hakmilik selama-lamanya jika tempoh pajakan hakmilik mereka tamat kerana kadar premium yang dikenakan adalah lebih rendah daripada permohonan untuk pajakan 60 tahun atau 99 tahun. Ini disebabkan diskaun tidak diberikan lagi diberikan pada masa kini untuk permohonan pajakan 60 tahun atau 99 tahun. Jelas Dato' Ngeh dalam sidang media itu.


Menjawab soalan mengenai dakwaan setengah pihak dasar ini menimbulkan masalah pengambilan tanah untuk pembangunan di masa akan datang beliau menafikan dakwaan itu kerana tanah tersebut tetap boleh dibangunkan dengan menggunakan dasar pengambilan tanah yang sedia ada dengan harga semasa yang dibayar kepada pemilik.


Dipetik dari DRS. KHALIL IDHAM LIM

Rabu, November 19, 2008

Terima Kasih YAB MB

Warga SO Kerian mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan kerajaan negeri kerana telah meluluskan Elaun Khas kepada semua Penolong Pegawai Tanah di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Semoga dengan Elaun Khas ini akan membantu mengurangkan sedikit-sebanyak bebanan yang ditanggung oleh kami kesan daripada keadaan ekonomi yang suram ketika ini.

Adalah diharapkan semua SO dapat memberikan perkhidmatan sebaik mungkin selaras dengan kehendak agama dan pentadbiran negeri di samping memenuhi harapan masyarakat umum.

Selasa, November 11, 2008

Bajet Negeri Perak

IPOH, 10 Nov :-Sidang Dewan Undangan Negeri yang berlasung bermula pada pagi tadi telah mengotai segala janji-janji manifesto pilihanraya. Bajet yang dibentang dengan tema "Bajet Kebajikan Untuk Rakyat" telah membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang mementingkan hal ehwal kebajikan rakyat. Ia memaparkan kesungguhan dan komitmen kerajaan Negeri dalam hasrat membawa negeri Perak dan rakyatnya ke satu tahap pembangunan sosio ekonomi dan pembangunan insan yang seimbang. Dalam merangka dan melaksanakan Bajet 2009, Kerajaan Pakatan Rakyat menjadikan adil, amanah, telus, wibawa dan berkebajikan sebagai asas dan prinsip utamanya.

YAB MB Perak telah menggariskan empat strategi utama iaitu menjadi sebuah negeri berkebajikan, meneruskan dasar perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negeri, memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan kualiti kehidupan di luar Bandar dan Bandar, dan menyediakan system penyampaian sektor awam yang efisen.

Negeri Berkebajikan menjadi strategi utama Bajet 2009Apa yang rakyat Perak dapat dari Bajet 2009 ini ?
1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM 10.00 sebulan.
2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit.
3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.
5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM 1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.
6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan.
7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.
8. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.
9. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.
10. Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.
11. Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.
12. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.
13. RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan.
banjir.http://misabah.blogspot.com

Jumaat, November 07, 2008

SERLAHKAN PERKHIDMATAN AWAM UNTUK MEMBELA RAKYAT-MB PERAK


IPOH, 3 NOVEMBER – Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menyeru 7500 warga perkhidmatan awam negeri ini untuk melaksanakan tugas dengan penuh rasa amanah dan bertanggungjawab bagi membela nasib rakyat.
Sektor awam hendaklah sentiasa bersedia serta cekap melaksanakan tugas kerana prestasi mereka dinilai oleh rakyat.
“Serlahkan perkhidmatan kerajaan untuk membela rakyat dan ingatlah bahawa segala tugas yang dikerjakan itu adalah merupakan amanah dari mereka,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Warga Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Kira-kira seribu warga perkhidmatan awam menghadiri majlis itu dari seluruh daerah di Negeri Perak. Tetamu kehormat YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh dijemput khas bagi menyampaikan ceramah motivasi di majlis tersebut.
YAB Menteri Besar Perak menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis tersebut. Penjawat awam memberi perhatian penuh terhadap ucapan YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Warga Perkhidmatan Awam Negeri Perak melafazkan ikrar penjawat awam di Majlis Executive Talk.

Isnin, November 03, 2008

SEMINAR PEMBANGUNAN TANAH

TARIKH : 24 DISEMBER 2008
HARI : RABU
TEMPAT : GRAND BALLROOM, HOTEL LEGEND, KL.
YURAN : RM 400.00 (SEORANG)
ANJURAN : KESATUAN PENOLONG PEGAWAI TANAH SEMENANJUNG MALAYSIA.
HUBUNGI : 03-26932050 / 03-26932046 (PUAN ROSE'AYU MOHD TAIB)

Isnin, Oktober 20, 2008

happy birthday....En.Roslan@Beckham



Pada 18.10.2008 s.o kanan kami iaitu En.Roslan bin Mohd. Ali selamat menyambut hari lahirnya yang ke 49 thn. Beliau kesal dan becampur kecewa krn kawan-kawan tidak menghadiri majlis berkenaan untuk memeriahkan majlis. Terima kasih pada yang hadir iaitu Pn.Liza. ( Sorang jer... ? ) sebenarnya kawan-kawan pun tak tau bila masa pulak En.Roslan sambut birthday..? Itu telah menjadi ISU BESAR kepada kawan-kawan disini. ( gambar - kelihatan En.Roslan tersimpul malu memotong kek bersama-sama dengan s.o Tajuddin yang juga menyambutnya pada bulan yang sama ). Pesanan kpd En.Roslan - lain kali edarkan kad jemputan untuk semua staff, baru la semua orang tahu dan tidak menimbulkan sebarang kontroversi...tma kasih.

Kenduri rumah baru... S.O anip

tahniah kepada s.o anip ( bertopi putih) kerana telah memasuki rumah baru pada bulan Ogos yang lalu ( kalau tak silap..) di tanah kebun, parit buntar. mudah-mudahan dah duduk rumah baru ni cepat-cepat la manambahkan lagi ahli keluarga. hari ni s.o anip ada buat kenduri doa selamat di kediaman beliau, sesiapa yang ada kelapangan dijemput menghadirinya tanpa ada rasa segan dan silu.. Tahniah.

Rabu, Oktober 15, 2008

Muhammad Aidil Jufri bin Juhari

Warga so Kerian mengucapkan tahniah kepada so Joe dan isteri atas kelahiran cahaya mata kedua mereka Muhammad Aidil Jufri pada 8.10.2008 yang lalu. Semoga rumahtangga kalian akan lebih bahagia dan diberkati dengan kehadiran putera comel ni.. Pesanan kepada so Joe, ingat rakyat dah bertambah... Rajin-rajin sikit keja. (walaupun hang memang dah rajin..)

Selasa, Oktober 14, 2008

Moh gi ngukor..



Penat.. Itulah yang buleh kami kata. Setelah lebih sebulan tak keluar menyukat, hari ni tenaga kami telah dikerah dan diperah untuk menyukat satu kawasan penempatan setinggan. Alhamdulillah, setelah baaci (bekerja dengan bersungguh-sungguh -banjar ) sampai basimbur paloh (banjar)berjaya jugak kami menyelesaikan tugasan yang amat mencabar itu. (Ehemm. sebenarnya keja ni tak susah mana pun, cuma mood raya masih membelenggu diri setiap so ni..)

Bagi kami keja tetap keja.. Amanah ini tetap kami pikul demi Agama, bangsa dan negara.. Turut sama menyertai kami ialah Puan Anita Amri (Penolong Pegawai Daerah - Tanah). Makasih puan kerana sudi bersusah-payah bersama kami.

Keja nyukat tanah ni sebenarnya interesting. Di samping dapat keluar dari suasana opis, tengok tempat orang, kita dapat jugak exercise. Kena tempat yang berpaya atau berbukit lagi syok. Kalu orang susah tidor, lepas nyukat tak payah makan ubat tido dah. Malam tu mesti lena tak ingat.. Uyoh babanar (penat sangat - banjar).Kalu keja ngan private pulak banyak leh buat duit. Masyukkk.. tambah lak sekarang ni banyak projek perumahan dok naik kat Kerian ni..

Dari kiri: Bro. Abu, Fadil Panjang, Fadil C-up, Milon, Puan Anita, Motor Kriss JJ, Din Kecik dan Lee

Isnin, Oktober 13, 2008

Selamat Berkursus..


Pihak Unit Teknikal dan Penguatkuasaan mengucapkan Selamat Berkursus kepada Encik Firdaus Farid bin Abd. Rashid (Penolong Pegawai Daerah -Tanah) yang akan berkursus selama enam bulan di INTAN. Semoga sukses dan pulang dengan kejayaan yang cemerlang.. (cewahhhhh..).

Farewell..

Selamat Berjaya diucapkan kepada Cik Huda dan En. Simau, 2 orang pelajar pratikal yang telah tamat latihan di pejabat ini. Pihak jabatan telah bermurah hati ( he.. hee..) mengadakan jamuan untuk meraikan depa ni.. Jamuan ni jugak merangkap jamuan raya dan perpisahan sementara En. Firdaus Farid (ADO kami yang best..) yang akan melanjutkan pelajaran di INTAN selama 6 bulan.. Turut Hadir ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) yang baru iaitu Tn. Haji Mat Dan. Apa lagi makan la..

Jumaat, Oktober 10, 2008

Masjid Al-Athar Berwajah Baru..




Pada 29 September lalu kami ada post satu gambar masjid untuk tatapan anda. Alhamdulillah, sempena Hari Raya yang baru lalu, rumah Allah ini telah dibuat makeover.. Cantik dan sedap mata memandang.. Tahniah dan terimakasih kepada AJK Masjid dan semua yang terlibat. Semoga masjid sentiasa di hati..


Rabu, Oktober 08, 2008

Ayam goreng free..


Hari ni dapat makan ayam goreng free.. Ada sorang member buat kenduri.. Ntah la besday dia ke.. Jamuan raya ke.. kami pun tak tau.. Tp yang penting ayam depan mata.. ngap je la.. Alhamdulillah.. Syukur dengan rezeki Allah. Makasih John. Lain kali blanja la kambing panggang pulak..

Selasa, Oktober 07, 2008

Dulu dan sekarang...



Kalau dulu dengan basikal ni la so masuk kampung, redah hutan, naik bukit dan pegi macam-macam tempat semata-mata nak buat laporan tanah. Hasilnya dapat dilihat dengan pembangunan Malaysia hari ni.. Putrajaya pun sebahagiannya hasil kerja so jugak.
Alhamdulillah dengan adanya teknologi, hari ni kerja jadi lebih mudah. Ni kenderaan kami.. Mitsubishi Storm. No pletnya sengaja ditempah iaitu xxx4256. 425 merujuk kepada Seksen 425 Kanun Tanah Negara mengenai penerokaan tanah kerajaan secara haram. Manakala seksen 426 pula ialah berkenaan mengalih bahan batuan secara taksah. Kedua-dua seksen ini berkait rapat dengan tugas so..

Selamat Pengantin Baru

Direnjis-renjis dipilis... ditepungilah tawar... Pihak Unit Teknikal mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada so Amin kerana berjaya menyambut salam tok kadi dan melafazkan terima nikah dengan 2 kali lafaz pada Hari Raya ketiga yang baru lalu. Semoga rumahtangga beliau berkekalan dan sentiasa dirahmati Allah. Kawin-kawin jugak.. kerja jangan lupa pulak..

Congrats.. Man Of The Month


Tahniah diucapkan kepada so Mizan kerana berjaya merangkul anugerah Man of the Month bagi bulan Ogos 2008. Anugerah ini adalah sebagai pengiktirafan kepada beliau atas sumbangan mengharumkan nama jabatan terutamanya dalam bidang sukan. Pihak Unit Teknikal mendoakan semoga prestasi beliau akan lebih cemerlang di masa hadapan dan semoga anugerah ini akan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan so yang lain. (Gambar: SO Mizan sedang tekun bekerja sambil diperhatikan En. Fizi dari Bahagian Kewangan)

Makanan ruji S.O adalah dragon fruit... yehaaaaa

sesiapa yang berminat untuk membeli benih atau buah naga ini sila emailkan ke arazif78@yahoo.com atau arazif78@agribazar.gov.my.

Isnin, September 29, 2008

Masjid oh masjid..


Dalam bulan posa dan dekat nak raya ni, hati dekat je dengan masjid. Mudah-mudahan lepas raya pun macam tu jugak la.. Ni gambar Masjid Al-Athar, Masjid Tinggi, Bagan Serai..

Kalibrasi Alat Ukur








Kerja-kerja kalibrasi alat ukur jenis Topcon sedang dijalankan oleh SO Amirul, SO Joe dan pelajar praktikal Nurul.

Barilaan..

Salam Aidilfitri kepada semua kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kerian. Mohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan kami. Semoga kita diberkati. Pandu Cermat Jiwa Selamat..

Selasa, September 16, 2008


Amboi banyaknyer hantaran.. dari sape tu??

Jumaat, September 12, 2008

Ramadan peluang mengislah diri

Umat Islam seluruh dunia wajib bersyukur kerana masih lagi berkesempatan pada tahun ini menikmati kehadiran bulan Ramadan yang ditunggu-tunggu, kerana kedatangannya membawa seribu makna yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Apapun Ramadan memang benar-benar menjanjikan yang terbaik berupa amalan-amalan, yang bukan sahaja tidak dijanjikan pada bulan-bulan lain selainnya, malah setiap amalan itu pula diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda. Ia bertujuan untuk menggalakkan umat agar suka beribadat untuk mencari keredaan Allah SWT.
Ditambah pula dalam Ramadan terdapat 'Lailatul Qadr', tadarus al-Quran, tazkirah, sesi berbuka puasa dan sahur, qiamullail, iktikaf, pengeluaran zakat fitrah, sedekah, penyediaan juadah berbuka puasa untuk orang yang berpuasa, bersolat jemaah pada solat lima waktu, bersegera melakukan kebaikan dan banyak lagi merupakan amalan-amalan yang boleh melonjakkan prestasi seorang individu Muslim itu kepada Allah SWT.
Bayangkan, bahawa Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi maksudnya, setiap amalan sunat seseorang Muslim itu pada bulan Ramadan dianggap sebagai satu amalan fardu, dan amalan fardunya pula diganjari hingga 700 pahala, ia bertujuan menggalakkan kepada semua agar bersungguh melakukannya dan meraih pahala daripada allah SWT.
Kaedah bagi melakukan pengislahan diri pada bulan Ramadan
* Iringkan diri anda sentiasa bersama niat yang suci untuk melakukan pengislahan diri sepanjang bulan Ramadan.
* Persiapkan diri anda dengan perancangan rapi untuk berubah dan sentiasa raikan perancangan tersebut.
* Paling utama yang perlu anda lakukan ialah pulihkan hubungan baik dengan Allah, jadikan Ramadan tahun ini sebagai langkah permulaan ke arah itu dengan sentiasa memerhatikan segala kekurangan yang telah anda lakukan terhadap-Nya dalam segenap tindakan beribadat sebelum kehadiran Ramadan.
* Jadikan Ramadan tahun ini untuk bertekad melakukan solat fardu pada awal waktu secara berjemaah di masjid atau surau, sama ada ketika berada di rumah atau di pejabat.
* Mulakan tekad untuk bertadarus al-Quran, bukan sahaja dalam bentuk bacaan, malah meneliti ayat-ayatnya yang terdiri daripada arahan, larangan, janji syurga dan neraka, pahala dan dosa, mengenai hukum-hukum Allah yang wajib dilaksana, ayat-ayat gembira, sedih, ancaman dan sebagainya bagi membangkitkan rasa tanggungjawab untuk menjadikan diri sebagai hamba Allah yang kerdil di sisi-Nya, kerana al-Quran adalah kitab Allah yang abadi hingga ke akhir zaman.
* Berjanji di hadapan Allah untuk menjadi hamba-Nya yang baik, dengan melakukan amar makruf dan nahi mungkar.
* Menjadikan pelaksanaan solat fardu lima waktu sebagai pemangkin kepada meninggalkan perkara-perkara terlarang, sepertimana yang ditegaskan Allah dalam al-Quran, ia dapat dilakukan melalui penghayatan terhadap segenap bacaan yang terkandung dalam ibadat tersebut.
* Bertekad untuk melakukan 'taubat nasuha' iaitu dengan niat dan berazam untuk meninggalakan segala kejahatan, tidak mahu mengulanginya semula, bersahabat dengan orang-orang yang boleh meningkatkan keimanan kepada Allah SWT, kerana setiap satu kesalahan walaupun kecil bentuknya, jika ia dilakukan, sesungguhnya ia telah mengundang kemarahan Allah, menggembirakan syaitan, menjauhkan diri anda daripada syurga, mendekatkan diri kepada neraka, menyebabkan Rasulullah s.a.w. sedih di dalam kubur, menyakiti para Malaikat, mengkhianati seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini.
* Layani kedua-dua ibu bapa dengan baik dan sopan khususnya pada bulan Ramadan, ia juga termasuk menghormati golongan yang lebih tua daripada diri anda seperti abang, kakak, para guru dengan ungkapan yang boleh membangkitkan rasa hormat terhadap mereka.
* Berbuat baik terhadap jiran tetangga, kawan-kawan, saudara mara, mohonlah kemaafan atas kesalahan yang pernah anda lakukan terhadap mereka, bukan tunggu menjelangnya awal Syawal.
* Hadiri majlis-majlis tazkirah yang boleh membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama.
* Carilah keaiban diri sendiri untuk melakukan pengislahan dengan bersungguh-sungguh, kerana sepanjang Ramadan adalah waktu yang palin sesuai untuk melakukannya, janganlah biarkan Ramadan berlalu tanpa melakukan perkara yang terbaik buat diri anda sendiri.
* Tinggalkan tabiat buruk menjelang Ramadan seperti suka melewatkan solat fardu, melepak, tidak suka berkunjung ke masjid atau surau.
* Hormati bulan Ramadan dengan menutup aurat dengan sempurna lebih-lebih lagi jika anda seorang Muslimah, kerana orang yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjaga maruah dan harga dirinya tidak mungkin akan diberi syafaat (recommendation) Rasulullah s.a.w. untuk masuk syurga pada hari Kiamat.
Yang penting, pengislahan diri yang mahu anda lakukan itu pada bulan Ramadan, janganlah terhenti dengan kedatangan bulan Syawal, kerana Allah SWT bukan sahaja ada pada bulan Ramadan, malah sepanjang bulan, sepanjang masa Dia memerhatikan kita.
Mudah-mudahan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita persembahkan ke hadrat Allah SWT. Ingatlah saudara-saudari, umur kita semakin hari semakin meningkat tua, perhatikan sepanjang kita hidup yang sudah pun mencecah puluhan tahun dengan memakan rezeki Allah.
Apa yang telah kita lakuan untuk agama-Nya dari sudut sumbangan, jasa bakti seperti yang pernah ditonjolkan oleh pasa sahabat baginda sebelum mereka meninggal dunia. Sama-samalah kita fikirkan

Oleh Us. Zainuddin Hashim

Khamis, September 11, 2008

Sekilas Pandang Daerah Kerian

Daerah Kerian adalah merupakan sebuah daerah yang dikenali sebagai daerah "Jelapang Padi Negeri Perak". Dengan keluasan 918.83 Km persegi dan meliputi 8 mukim dan disempadani oleh 2 negeri menjadikannya lebih istimewa dan mendapat perhatian ramai. Ia merupakan sebuah daerah yang sedang membangun dari segala segi tidak mengira ekonomi, pertanian, pelancongan, serta pembangunannya yang sedang pesat berdiri megah. Daerah ini masih mengekalkan tradisi lamanya di mana bangunan-bangunan lama tidak dirobohkan malah diperbaiki supaya ianya bertahan hingga ke zaman seterusnya. Keadaan ini menunjukkan pentadbiran daerah masih menghargai peninggalan orang lama untuk tatapan generasi akan datang. Pada keseluruhannya, fizikal tanah dalam daerah ini adalah rata dan bergambut kecuali terdapat beberapa kawasan berbukit di mukim Gunong Semanggol dan Beriah. Terdapat 2 sungai penting dalam daerah ini iaitu Sungai Kerian dam Sungai Kurau. Daerah Kerian dibahagikan kepada 8 buah mukim iaitu Mukim Parit Buntar, Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai, Beriah, Gunong Semanggol dan Selinsing terletak di bawah 8 pentadbiran Penghulu Mukim dan 93 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diamanah dan bertanggungjawab untuk mentadbir 246 unit kampung.

BONUS KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI PERAK

Hari ini seluruh warga pegawai kakitangan awam negeri Perak menyambut gembira pengumuman bonus sebulan gaji dengan kadar minima RM 1200 yang diumumkan oleh YAB MB Perak Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin sewaktu berucap dalam majlis penyampaian bubur lambuk di bangunan Perak Darul Ridzuan.
Pembayaran bonus tersebut akan diterima penuh sebelum hariraya ini. Pengumuman ini membuktikan kepekaan kerajaan PR kepada rakyatnya terhadap kesan kos hidup yang semakin tinggi.
Pemberian ini juga berlainan dengan pemberian bonus kepada pegawai persekutuan yang diberikan secara beperingkat sebanyak dua kali.
Dipetik dari: DRS. KHALIL IDHAM LIM (ADUN TITI SERONG, PARIT BUNTAR)