Jumaat, November 07, 2008

SERLAHKAN PERKHIDMATAN AWAM UNTUK MEMBELA RAKYAT-MB PERAK


IPOH, 3 NOVEMBER – Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menyeru 7500 warga perkhidmatan awam negeri ini untuk melaksanakan tugas dengan penuh rasa amanah dan bertanggungjawab bagi membela nasib rakyat.
Sektor awam hendaklah sentiasa bersedia serta cekap melaksanakan tugas kerana prestasi mereka dinilai oleh rakyat.
“Serlahkan perkhidmatan kerajaan untuk membela rakyat dan ingatlah bahawa segala tugas yang dikerjakan itu adalah merupakan amanah dari mereka,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Warga Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Kira-kira seribu warga perkhidmatan awam menghadiri majlis itu dari seluruh daerah di Negeri Perak. Tetamu kehormat YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh dijemput khas bagi menyampaikan ceramah motivasi di majlis tersebut.
YAB Menteri Besar Perak menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis tersebut. Penjawat awam memberi perhatian penuh terhadap ucapan YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Warga Perkhidmatan Awam Negeri Perak melafazkan ikrar penjawat awam di Majlis Executive Talk.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagus bagus..

Tanpa Nama berkata...

panggil anwar ibrahim???apa barang nizar...

Tanpa Nama berkata...

takkan nak panggil pak lah yg dah nak expired..