PARIT BUNTAR :- Kerajaan Negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat mengambil 3 pendekatan iaitu pertamanya memberi ruang yang sebenarnya kepada seluruh rakyat untuk mendapatkan kebenaran, keduanya bertanggung jawab menutup jalan yang melalaikan manusia dan ketiga membahagi-bahagi segala hasil mahsul kepada semua rakyat Perak. Demikian antara ucapan YAB menteri Besar Perak semasa merasmikan Hari Bertemu pelanggan Peringkat Daerah Kerian pada 20 Januari yang lepas.
Dalam ucapannya beliau juga menyanjung tinggi atas pengorbanan dan kesungguhan pegawai kerajaan yang berusaha menjayakan program dan hadir dalam program tersebut.
Hadir sama dalam majlis itu ialah ADUN dan Ahli Parlimen setempat, Ralmi Tusin (Gunung Semanggol), Hussin Din ( Selingsing), Khalil Idham Lim (Titi Serong), Abdul Yunus Jamahari (Kuala Kurau), Mujahid Yusof (Parit Buntar), dan Mohsin Fadli (Bagan Serai). Turut Hadir ialah EXCO Kerajaan Negeri , Chen Fook Chye dan Tai Sing Ng, Orang Besar Jajahan Kerian (OBJ)dan Isteri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Abd. Rahman Hashim, Pegawai Kewangan Negeri, Jamaluddin Amini,Pengarah UPEN serta pegawai-pegawai kerjaan negeri dan perseketuan.
"Kehadiran saya dalam majlis hari ini bagi menunjukkan keprihatinan kepada rakyat Daerah kerian, dan marilah kita mengolah bumi Kerian untuk menjadi tempat yang seronok didiami" Katanya.
Beliau juga bersyukur kerana kebanyakan daerah menunjukkan peningkatan dari segi pendapatan dari pungutan hasil.
Sesi soal jawab oleh penduduk setempat.
Sebelum itu dalam ucapan alu-aluan, Pegawai Daerah kerian, Ismail Hassan melaporkan di Daerah Kerian kutipan hasil telah meningkat 117 peratus.
Ir. Nizar juga mengajak pegawai kerajaan supaya menjadikan jawatan dan jabatan yang diwakili adalah pembela kepada rakyat sehingga kita akan mendapat sanjungan dan pujian rakyat.
Selain itu beliau memperkenalkan singkatan UMI iaitu Ubududiyah (ibadah), Masulliyah (akauntaliblty), dan Itqan (kecemerlangan)yang tegasnya akan menjadi asas kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.
Sesudah itu Ir. Nizar telah melakukan penyerahan geran kekal kepada penduduk yang telah diluluskan permohonan mereka.
Menteri besar juga diberikan penghormatan untuk melancarkan Tabung Palestin dan menerima sumbangan dari agensi-agensi kerajaan.
Akhirnya beliau mengambil kesempatan untuk melawat semua 22 gerai yang disediakan bagi kepada penduduk Daerah kerian mendapatkan khidmat dari agensi yang berkaitan pada hari itu.
Kehadiran memenuhi Dewan Merdeka Parit Buntar dan Menteri Besar menyerahkan Geran Kekal.
..
Dipetik dari YB DRS. KHALIL IDHAM LIM
Khamis, Januari 29, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
laaa ada jugak yang nak promote biznes dekat sini ..
A,kum....aku pun s.o gak.... apa yang aku nk komen ni anggaplah teguran adik abang...
isu nizar ni aku anggap dia la pengkianat melayu bagi aku dan secara peribadinya... hg sygkan dia ka atau sultan yang menjadi raja di hati serta kalifah bagi kita umat islam...nizar meluluskan pajakan tanah 999tahun tapi sapa yang dapat untung dari polisi barunya itu...hehehe CINA le kan... Melayu hanya jadi bodo je.. apa komen hg plak tentang tanah sekolah cina yang diluluskan sedangkan sekolah agama tk dapat mcm tu....jangan jadi boneka sampai merosakan rakyat untuk kepentingan politik...
Catat Ulasan